Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebanyak 69 pusat komuniti Yahudi di seluruh negara itu menerima ancaman bom sejak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengambil alih jawatan berkenaan sejak sebulan lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan JCC Amerika Utara, ancaman itu diterima di 11 kawasan berasingan di 27 buah negeri serta satu buah wilayah di Kanada.
Ancaman bom itu menyebabkan semua penghuni pusat berkenaan terpaksa dipindahkan.
Walau bagaimanapun, kesemua ancaman tersebut hanyalah palsu dan pusat-pusat komuniti yang disasarkan telah memulakan operasi kembali. - AFP