26 Februari 2017 - 15:52
Tentera Syria Teruskan Kemaraan: Pemerhati

Tentera Arab Syria dan sekutu mereka dilaporkan berjaya meneruskan kemaraan mereka di beberapa kawasan yang dikuasai oleh kumpulan pengganas Takfiri Daesh. Menurut laporan yang sama, kawasan itu terletak berdekatan dengan bandar Aleppo

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Arab Syria dan sekutu mereka dilaporkan berjaya meneruskan kemaraan mereka di beberapa kawasan yang dikuasai oleh kumpulan pengganas Takfiri Daesh. Menurut laporan yang sama, kawasan itu terletak berdekatan dengan bandar Aleppo.

Pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) pada hari Ahad berkata bahawa pertempuran masih berterusan pada di sebalik kemaraan tentera Syria ke beberapa wilayah yang dikuasai kumpulan Takfiri itu.

Pihak tentera juga meneruskan kemaraan ke selatan bandar al-Bab yang baru-baru ini jatuh ke tangan tentera Turki dan kumpulan militan yang ditaja mereka. Para pengganas pula dilaporkan telah meninggalkan bandar itu sebelum ini.

Dengan kejayaan mereka membebaskan selatan al-Bab, tentera Syria mampu untuk mengawal bekalan air ke Aleppo sekaligus menghalang kemaraan seterusnya kumpulan militan tajaan Ankara ke arah selatan.

Ankara memulakan pencabulan mereka ke atas wilayah Syria pada Ogos 2016 dengan alasan untuk menjauhkan pengganas Daesh dari kawasan sempadan mereka. Perkara itu mengundang kecaman Syria dan beberapa negara serantau yang melihat tindakan itu sebagai berada di luar norma yang biasa dipraktikkan di dalam hubungan antarabangsa.

Tentera Syria mula memulakan operasi membasmi keganasan di negara itu sejak kumpulan pengganas dan militan tajaan pihak luar mengganas di negara itu pada tahun 2011.

Menurut Presiden Assad, situasi terkini di Syria menunjukkan bahawa tentera negara Arab itu dan sekutu mereka pada masa ini mempunyai kelebihan ke atas kumpulan pengganas dan militan yang beroperasi di sana.

/315