1 Mac 2017 - 19:04
Peneroka Israel Tembak Mati Lelaki Palestin

Seorang peneroka Israel di kawasan yang diduduki Tebing Barat, menembak mati seorang lelaki Palestin yang didakwa menceroboh rumah dan menikamnya, kata jurucakap tentera Israel hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang peneroka Israel di kawasan yang diduduki Tebing Barat, menembak mati seorang lelaki Palestin yang didakwa menceroboh rumah dan menikamnya, kata jurucakap tentera Israel hari ini.

Menurutnya, serangan itu berlaku di penempatan Teneh Omarim di selatan Tebing Barat, dekat Hebron. Kementerian Kesihatan Palestin mengenal pasti mangsa sebagai Saad Qisiah, 24, dari Dahariyah.

Lelaki Yahudi itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang serius. Sekurang-kurangnya 236 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat dan Gaza sejak Oktober 2015, tetapi jumlah itu mengalami penurunan ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 159 mangsa dituduh cuba menyerang, manakala yang lain mati dalam pertempuran dan bantahan. Dua pelancong dari Amerika Syarikat (AS) dan 37 rakyat Israel juga terbunuh dalam tempoh sama di kawasan yang bergolak itu. -Reuters