Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Agama Islam akan menggantika Kristian sebagai agama yang paling popular di dunia selepas tahun 2050, baca sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Kajian Pew.
Pusat kajian yang berpusat di Washington itu menerbitkan analisis mereka pada hari Rabu yang menunjukkan bahawa agama Islam adalah agama yang paling cepat berkembang di seluruh dunia dan jumlah penganutnya akan mengatasi jumlah penganut ajaran Kristian pada tahun yang disebutkan itu.
Menurut analisis tersebut, selepas tahun 2050, Islam akan menjadi agama global yang paling popular di dunia. Laporan itu turut menyatakan bahawa penganut ajaran Islam kini berjumlah sekitar 1.6 bilion orang; 23 peratus daripada jumlah penduduk dunia. Pada ketika ini, jumlah penganut ajaran Masihi dilaporkan berada di sekitar 2.2 bilion orang; 31 peratus daripada jumlah populasi dunia.
Pusat penyelidikan itu mengatakan bahawa faktor kepada peningkatan itu adalah keinginan keluarga Muslim untuk memiliki anak yang lebih banyak. Akan tetapi, mereka tidak menyatakan sebab lain seperti kesan media komunikasi massa dan juga penyebaran ajaran agama itu sendiri.
Laporan itu turut mengatakan bahawa kaum Muslim biasanya lebih muda daripada penganut ajaran Kristian memandangkan kebanyakan negara maju yang menjadi pusat agama Masihi sedang menuju ke arah masyarakat yang lebih berumur.
Laporan itu turut menekankan tentang kerisauan yang wujud di kalangan kaum nasionalis dan pihak berhaluan kanan yang percaya bahawa para pencari suaka dan kaum migran dari negara-negara membangun -yang kebanyakannya adalah kaum Muslim- akan mengambil alih kedudukan kaum asal yang sedang menua.
/315
1 Mac 2017 - 19:36
News ID: 815003
Agama Islam akan menggantika Kristian sebagai agama yang paling popular di dunia selepas tahun 2050, baca sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Kajian Pew.