Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iran, Hassan Rouhani menggesa pihak terbabit untuk menghormati kedaulatan wilayah negara-negara serantau termasuk Iraq dan Syria.
"Negara Republik Islam Iran menegaskan pihak terbabit untuk menghormati kedaulatan wilayah negara-negara serantau dan mengatakan bahawa negaranya menentang sebarang bentuk pencabulan ke atas perkara itu terutamanya di Syria dan Iraq," Rouhani dilaporkan berkata sedemikian pada hari Rabu ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Presiden Iran itu turut mengulangi sokongan Tehran ke atas proses dialog dan amalan saling menghormati satu sama lain di dalam menyelesaikan perbezaan di antara pihak yang bertikai.
"Kita perlu berusaha untuk menamatkan peperangan, pertumpahan darah dan juga campur tangan asing di rantau ini," tambah beliau lagi.
Pada Disember lalu, Turki telah menempatkan 150 orang anggota tenteranya yang dilengkapi dengan senjata berat dan kereta kebal berhampiran bandar Mosul yang dikawal oleh kumpulan pengganas Takfiri Daesh.
Ankara mendakwa bahawa penempatan tenteranya itu dibuat sebagai sebahagian daripada misi mereka untuk melatih dan melengkapi para pejuang Kurdis di dalam pertempuran menentang Daesh. Baghdad mengecam perkara itu dan memanggil tindakan itu sebagai sebuah pencerobohan terang-terangan ke atas wilayahnya. Kerajaan Iraq turut menuntu tentera Turki untuk meninggalkan wilayahnya serta-merta.
Pada Ogos 2016, Turki turut menceroboh wilayah Syria dengan dakwaan bahawa mereka sedang memerangi elemen Daesh di negara Arab itu. Damsyik mengecam keras pencabulan Turki ke atas wilayahnya dan sepertimana Iraq, mereka turut menuntut tentera Ankara untuk meniggalkan wilayahnya secepat mungkin.
Turki adalah salah sebuah negara yang didakwa menyokong dan membantu para militan di Syria untuk menjatuhkan kerajaan sah negara Arab tersebut yang diketuai oleh Bashar Assad.
/315
2 Mac 2017 - 19:48
News ID: 815229
Presiden Iran, Hassan Rouhani menggesa pihak terbabit untuk menghormati kedaulatan wilayah negara-negara serantau termasuk Iraq dan Syria.