Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Filipina menemukan mayat tebusan seorang warga Jerman yang dipenggal kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan negara ini, minggu lalu.
Jurucakap tentera Filipina, Kolonel Cirilito Sobejana berkata, kedua-dua kepala dan badan Jurgen Kantner ditemukan semasa tentera melakukan operasi di bandar Indanan, Sulu, semalam.
Sobejana berkata, jasad Kantner akan disimpan di rumah mayat Hospital Sulu sementara pihak berkuasa menyiapkan dokumen bagi urusan menghantar pulang mayat. - REUTERS
5 Mac 2017 - 18:54
News ID: 815856
Tentera Filipina menemukan mayat tebusan seorang warga Jerman yang dipenggal kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan negara ini, minggu lalu.