Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Jordan, Rima Khalaf, mengumumkan peletakan jawatannya selepas diarah menarik balik laporannya mengenai penganiayaan terhadap penduduk Palestin.
Dalam laporannya, beliau menuduh Israel mengamalkan sistem aparteid terhadap penduduk Palestin.
Khalaf, yang memegang jawatan Setiausaha Agung Rendah serta Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia Barat PBB (ESCWA), memberitahu sidang akhbar, beliau diarahkan oleh Setiausaha Agung PBB untuk menarik balik laporan itu.
"Saya meminta beliau memikirkan semula keputusannya, tetapi beliau bertegas. Oleh itu, saya ambil keputusan letak jawatan," katanya.
Terdahulu, Amerika Syarikat, Rabu lalu mendesak Setiausaha Agung, Antonio Guterres, menarik balik laporan ESCWA yang menuduh Israel melaksanakan sistem aparteid ke atas penduduk Palestin. - AFP
17 Mac 2017 - 20:20
News ID: 818410
Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Jordan, Rima Khalaf, mengumumkan peletakan jawatannya selepas diarah menarik balik laporannya mengenai penganiayaan terhadap penduduk Palestin.