21 Mac 2017 - 19:51
Geun-Hye Disoal Siasat Selama 14 Jam

Pihak pendakwaan selesai menyoal siasat bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye selepas berbuat demikian selama 14 jam, lapor agensi berita Yonhap.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak pendakwaan selesai menyoal siasat bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye selepas berbuat demikian selama 14 jam, lapor agensi berita Yonhap.

"Geun-hye menafikan segala tuduhan sepanjang soal siasat itu," kata Yonhap yang memetik sumber sambil menambah pihak pendakwaan enggan memberikan komen berhubung perkara itu.

Yonhap melaporkan, presiden wanita pertama Korea Selatan itu yang dipecat daripada jawatannya awal bulan ini, dijangka meninggalkan pejabat pendakwaan selepas meneliti kenyataan yang diberikannya kepada pasukan penyiasat. - AFP