Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Majoriti warga Amerika Syarikat yang beragama Islam dilaporkan mengalami diskriminasi agama pada tahun 2016 dan ramai di kalangan mereka berkata bahawa mereka khuatir berhubung keselamatan keluarga dan diri mereka sendiri daripada ancaman kumpulan tertentu berikutan kemenangan Trump di dalam pilhanraya presiden tahun 2016, lapor sebuah bancian terkini.
Satu perlima daripada warga Amerika beragama Islam dikatakan telah membuat perancangan untuk meninggalkan negara itu jikalau situasi memerlukan untuk mereka berbuat demikian, lapor bancian yang dikeluarkan pada hari Selasa oleh Institute for Social Policy and Understanding.
Bancian itu melibatkan penyertaan 800 orang Muslim dan dibuat dari 4 hingga 23 Januari. Di dalam masa yang sama, insitut itu turut membuat perbandingan di antara warga Muslim dengan warga A.S yang menganut ajaran lain dan warga A.S secara am.
Sekitar 60 peratus warga Muslim dilaporkan telah mengalami diskriminasi keagamaan secara peribadi pada tahun lepas. Sementara itu, hanya 17 peratus warga awam A.S yang lain telah mengalami perkara yang sama pada tempoh masa yang sama.
Komen Trump yang berbaur kebencian dan tindakannya yang diarahkan kepada kaum Muslim telah memperkuatkan ketakutan tersebut, kata Zainab Chaudry, jurucakap Council on American-Islamic Relations (CAIR).
/315
22 Mac 2017 - 20:41
News ID: 819397
Majoriti warga Amerika Syarikat yang beragama Islam dilaporkan mengalami diskriminasi agama pada tahun 2016 dan ramai di kalangan mereka berkata bahawa mereka khuatir berhubung keselamatan keluarga dan diri mereka sendiri daripada ancaman kumpulan tertentu berikutan kemenangan Trump di dalam pilhanraya presiden tahun 2016, lapor sebuah bancian terkini.