Agensi Berita Ahlul Bait - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, memberi amaran mungkin menguatkuasakan undang-undang tentera dan menggantung pilihan raya bagi puluhan jawatan tempatan.
Pengumuman berkenaan dilihat sebagai perkembangan terbaru yang mengancam amalan demokrasi di bawah pemerintahan Duterte.
Duterte berkata, beliau sedang menimbangkan pelaksanaan kedua-dua langkah itu sebagai sebahagian daripada operasi kontroversi bagi menghapuskan salah guna dadah dalam masyarakat.
Beliau berkata, ia juga bertujuan menangani pelbagai ancaman keselamatan menerusi undang-undang tentera.
"Jika saya mengisytiharkan undang-undang tentera, saya akan selesaikan semua masalah, bukan saja dadah," katanya kepada pemberita dalam satu taklimat sejurus pulang dari Thailand.
Duterte juga akan mewujudkan mahkamah tentera untuk membicarakan kes membabitkan keganasan.
"Saya akan membenarkan tentera membicarakan anda dan menggantung anda sampai mati," katanya merujuk kepada militan Islam di selatan negara itu. - AFP
23 Mac 2017 - 14:19
News ID: 819527
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, memberi amaran mungkin menguatkuasakan undang-undang tentera dan menggantung pilihan raya bagi puluhan jawatan tempatan.