Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Republik Iran, Mohammad Javad Zarif berkata bahawa negaranya boleh jikalau perlu untuk membenarkan Rusia menggunakan pangkalan tenteranya berdasarkan prinsip "kes demi kes" untuk operasi mereka memerangi keganasan di Syria.
"Rusia tidak memiliki pangkalan udara (di Iran). Kami memiliki kerjasama yang baik dan berdasarkan prinsip "kes demi kes", jikalau mereka perlu menggunakan fasiliti milik Iran di dalam memerangi keganasan, maka kami akan membuat keputusan yang perlu," lapor Reuters yang menukil kenyataan Zarif.
Diplomat nombor satu Iran yang mengikuti lawatan 2 hari Presiden Rouhani ke Moscow turut menambah dengan mengatakan bahawa isu serantau, termasuk krisis di Syria akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam pertemuan di Kremlin.
Pada Ogos lalu, Rusia mengumumkan bahawa pesawat-pesawatnya telahpun menggunakan pangkalan udara barat Iran dalam rangka melancarkan serangan ke atas pengganas di Syria.
"Pada 16 Ogos tahun 2016, pesawat pengebom jarak jauh -Tu-22M3 dan pesawar pengebom utama -Su-34 telah terbang dari pangkalan udara Hamedan dengan membawa muatan bom yang penuh dalam rangka menyerang posisi kumpulan pengganas Daesh dan Jabhat Fath al-Sham di wilayah Aleppo, Dayr al-Zawr dan Idlib yang terletak di Syria," nyata Kementerian Pertahanan Rusia pada masa itu.
Sehari kemudian, Rusia mengumumkan bahawa kesemua pesawat yang berpangkalan di Iran telahpun pulang ke Rusia.
/315
28 Mac 2017 - 14:51
News ID: 820506
Menteri Luar Republik Iran, Mohammad Javad Zarif berkata bahawa negaranya boleh jikalau perlu untuk membenarkan Rusia menggunakan pangkalan tenteranya berdasarkan prinsip "kes demi kes" untuk operasi mereka memerangi keganasan di Syria.