31 Mac 2017 - 18:44
Sekutu Saudi Berdegil Bahawa Assad Mesti Pergi

Jawatan Kuasa Perundingan Tinggi (HNC) yang disokong oleh Riyadh percaya bahawa Presiden Bashar al-Assad tidak sepatutnya memainkan sebarang peranan di dalam masa hadapan negara itu. Perkara itu dinyatakan pada hari Khamis oleh Monzer Makhous yang merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jawatan Kuasa Perundingan Tinggi (HNC) yang disokong oleh Riyadh percaya bahawa Presiden Bashar al-Assad tidak sepatutnya memainkan sebarang peranan di dalam masa hadapan negara itu. Perkara itu dinyatakan pada hari Khamis oleh Monzer Makhous yang merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan tersebut.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara A.S, Rex Tillerson pada hari Khamis mengatakan bahawa status jangka panjang Assad di Syria perlu ditentukan oleh warga Syria sendiri.

"Saya berpendapat bahawa status jangka panjang Presiden Assad akan ditentukan oleh warga Syria," kata Tillerson kepada pihak media di dalam sebuah sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu di Ankara pada hari Khamis.

Sementara itu, Rusia yang merupakan sekutu kuat Damsyik sentiasa konsisten di dalam pandangan mereka terhadap Assad. Mereka berulang-kali berkata bahawa nasib Assad perlu ditentukan oleh warga Syria sendiri. Pentadbiran Obama dan sekut mereka pula sering memanggil perletakkan jawatan Assad.

"Kedudukan kami tidak berubah, Assad mesti pergi," kata Makhous di Geneva, Switzerland.

/315