3 April 2017 - 14:32

Seramai 20 orang maut termasuk empat wanita manakala empat lagi cedera selepas tiga lelaki menikam dan memukul mangsa menggunakan cota di sebuah makam ahli sufi, Mohammad Ali di wilayah Sargodha, Punjab awal pagi ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seramai 20 orang maut termasuk empat wanita manakala empat lagi cedera selepas tiga lelaki menikam dan memukul mangsa menggunakan cota di sebuah makam ahli sufi, Mohammad Ali di wilayah Sargodha, Punjab awal pagi ini.

Menurut Ketua Polis wilayah itu, Zulfiqar Hameed, pihaknya telah menahan tiga orang terma­suk penjaga makam tersebut yang mengaku melakukan pembunuhan tersebut.

“Suspek berusia 50 tahun itu mengaku membunuh mangsa kerana takut mangsa datang ke kawasan itu untuk membunuhnya,” katanya kepada AFP.

Menurut beliau, suspek dipercayai mengalami gangguan mental namun pihaknya tidak menolak pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan persaingan untuk menguasai makam tersebut.

Seorang pegawai kanan polis memaklumkan, Ketua Menteri Punjab, Shahbaz Sharif telah pun meminta laporan siasatan kejadian dalam tempoh 24 jam.

Menziarah makam ahli sufi dan memberi wang tunai kepada penjaga makam masih popular dalam kalangan penduduk di negara ini kerana mereka percaya perbuatan itu membantu doa mereka diperkenankan. – AFP