Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah mendaftarkan diri untuk bertanding sebagai calon presiden di dalam Pilihanraya Presiden Iran yang ke-12.
Ahmadinejad yang pernah menjawat jawatan itu untuk dua penggal berturut-turut telah menandatangani borang berkaitan pada hari Rabu di Pejabat Pilihanraya yang beroperasi di dalam premis Kementerian Dalam Negeri yang terletak di Tehran.
Sebelum ini, beliau pernah menyatakan sokongan kepada bekas pembantunya, Hamid Baghaei. Beliau bahkan menemani Baghaei di dalam proses pendaftarannya.
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei sebelum ini pernah menasihati Ahmadinejad untuk tidak bertanding di dalam pilihanraya yang dijangkakan akan berlangsung pada Mei nanti. Khamenei berkata pencalonan Ahmadinejad akan mewujudkan polarisasi di dalam persekitaran umum negara itu.
Ahmadinejad juga di dalam kenyataan yang lalu mengatakan bahawa beliau akan menerima nasihat tersebut dan tidak bercadang untuk mengambil pilihanraya itu.
/315
12 April 2017 - 19:01
News ID: 823486
Bekas Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah mendaftarkan diri untuk bertanding sebagai calon presiden di dalam Pilihanraya Presiden Iran yang ke-12.