Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Pakatan yang diketuai Amerika Syarikat di Syria, Kol. John Dorrian mengatakan bahawa mereka tidak melancarkan sebarang serangan berdekatan Deir ez-Zor di negara Arab itu pada hari Rabu. Menurut agensi berita SANA, serangan A.S di Deir ez-Zor pada hari Rabu telah mengenai bahan kimia bertoksik yang dikumpulkan oleh kumpulan pengganas Takfiri Daesh sekaligus membunuh ratusan orang.
Pihak Tentera Arab Syria mengatakan bahawa fakta itu menunjukkan bahawa kumpulan pengganas yang beroperasi di negara itu sememangnya memiliki simpanan senjata kimia.
Menurut Kakitangan Am Tentera Syria, serangan pakatan yang diketuai Amerika Syarikat membunuh ratusan orang termasuk orang awam. Ratusan dilaporkan mengalami keracunan berikutan serangan yang disasarkan ke atas ibu pejabat dan depot senjata kimia Daesh.
Berita di atas timbul beberapa hari selepas Washington dan sekutunya secara melulu menyalahkan kerajaan Syria berikutan serangan kimia di pekan Khan Shaykhun yang terletak di Idlib pada 4 April yang lalu.
Pihak pembangkang Syria menuduh tentera yang setia kepada Presiden Assad telah melancarkan serangan kimia itu sekaligus membunuh sekitar 80 orang dan mencederakan 200 yang lain. Presiden Assad menafikan tuduhan itu sambil mengatakan pihaknya telah menyerahkan simpanan senjata kimia mereka melalui pemerhatian badan antarabangsa.
Beliau turut menafikan sebarang penggunaan senjata kimia ke atas rakyatnya sendiri.
Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Assad telah mengenai pusat simpanan senjata kimia milik pemberontak yang digunakan untuk menyimpan senjata kimia sebelum dihantar ke Iraq.
Berikutan tuduhan itu, Washington melancarkan serangan unilateral ke atas pangkalan udara Syria dengan menggunakan 59 buah peluru berpandu Tomahawk.
/315
13 April 2017 - 14:26
News ID: 823614
Jurucakap Pakatan yang diketuai Amerika Syarikat di Syria, Kol. John Dorrian mengatakan bahawa mereka tidak melancarkan sebarang serangan berdekatan Deir ez-Zor di negara Arab itu pada hari Rabu.