15 April 2017 - 15:08
Kedaulatan Wilayah Syria Perlu Dihormati: Algeria

Menteri Luar Algeria, Ramtane Lamamra, menekankan bahawa kedaulatan wilayah Syria perlu dihormati oleh semua pihak. Beliau membuat kenyataan itu sebagai tindak balas terhadap serangan serangan peluru berpandu Amerika Syarikat ke atas pangkalan udara milik tentera negara Arab Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Algeria, Ramtane Lamamra, menekankan bahawa kedaulatan wilayah Syria perlu dihormati oleh semua pihak. Beliau membuat kenyataan itu sebagai tindak balas terhadap serangan serangan peluru berpandu Amerika Syarikat ke atas pangkalan udara milik tentera negara Arab Syria.

Beliau pada hari Jumaat menggesa kesemua pihak untuk "menghormati kedaulatan negara Syria."

Menteri itu turut berkata bahawa konflik di Syria perlu diselesaikan secara diplomatik. Beliau juga berkata bahawa "penggunaan kekerasan hanya akan merumitkan lagi situasi di negara tersebut sekaligus memusnahkan segala usaha diplomatik."

Komen itu dibuat seminggu selepas kapal pemusnah milik Amerika Syarikat secara unlilateral melancarkan 59 buah peluru berpandu Tomahawk dari lautan Mediterranean ke atas ke atas pangkalan udara Syria yang terletak di wilayah Homs.

Washington mendakwa bahawa pangkalan udara itu telah digunakan oleh tentera Damsyik untuk melancarkan serangan kimia di pekan Khan Shaykhun yang terletak di Idlib. Serangan kimia 4 April itu membunuh sekurang-kurangnya 87 orang dan mencederakan 200 yang lain.

Pihak pembangkang Syria dengan pantas menuduh bahawa kematian di Idlib itu diakibatkan oleh serangan kimia oleh pihak tentera kerajaan. Damsyik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Washington dan pembangkang Syria sambil mengatakan bahawa mereka tidak akan menggunakan senjata kimia ke atas rakyat mereka sendiri dan dalam masa yang sama turut menekankan bahawa pihak kerajaan telahpun menyerahkan kesemua simpanan senjata kimia mereka di bawah pemerhatian pasukan antarabangsa.

Rusia mengatakan bahawa apa yang berlaku di Idlib adalah diakibatkan oleh serangan udara tentera Arab Syria yang mengenai sebuah depot simpanan senjata kimia kumpulan pengganas di wilayah itu. Perkara ini sekaligus menunjukkan bahawa terdapat kumpulan pengganas yang beroperasi di Syria mempunyai simpanan senjata kimia.

Syria pada tahun 2013 telah menyerahkan senjata kimia mereka di bawah sebuah perjanjian yang dimeterai di antara Washington dan Kremlin. Pada 16 Januari 2017, bekas penasihat keselamatan antarabangsa bagi Presiden Obama, Susan Rice, berkata bahawa Syria telah secara "sukarela dan sahih" telah menyerahkan kesemua simpanan senjata kimia mereka.

Syria berkata bahawa tindakan kekerasan Washington menunjukkan bahawa mereka adalah sekutu kumpulan pengganas yang aktif di Timur Tengah. Serangan A.S itu dilancarkan tanpa mandat Majlis Keselamatan PBB dan juga Kongres mereka.

/315