27 April 2017 - 20:01
Israel Sokong Pengganas Dan Buktinya Sangat Nyata: Presiden Bashar Assad

Presiden Syria, Bashar Assad berkata bahawa rejim Israel telah membekalkan persenjataan dan sokongan lojistik kepada para pengganas yang melancarkan kempen keganasan di negara Arab itu. Beliau menambah dengan mengatakan bahawa bukti berhubung dakwaan itu boleh diperolehi dengan mudah di internet.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria, Bashar Assad berkata bahawa rejim Israel telah membekalkan persenjataan dan sokongan lojistik kepada para pengganas yang melancarkan kempen keganasan di negara Arab itu. Beliau menambah dengan mengatakan bahawa bukti berhubung dakwaan itu boleh diperolehi dengan mudah di internet.

Di dalam sebuah temu ramah dengan stesyen televisyen Venezuala, Telesur yang disiarkan pada hari Khamis, Assad berkata bahawa keterlibatan rejim Tel Aviv di dalam konflik yang melanda Syria merangkumi tindakan melancarkan serangan ketenteraan secara langsung ke atas kedudukan tentera Syria dengan menggunakan pesawat tempur dan meriam.

"Keduanya, mereka membantu para pengganas dengan dua cara; pertama dengan membekalkan bantuan lansung dalam bentuk persenjataan dan yang kedua adalah dengan memberikan sokongan lojistik (kepada mereka) seperti mengizinkan para pengganas menjalankan latihan ketenteraan di wilayah yang dikuasai rejim itu. Mereka (rejim Zionis) turut membekalkan bantuan perubatan kepada pengganas di hospital-hospital milik rejim," tambah Assad.

Presiden Assad turut mengatakan bahawa dakwaan ke atas rejim Zionis itu bukanlah sekadar tuduhan tidak berasas.

Menurutnya, perkara itu adalah fakta yang telah disahkan dan diterbitkan di internet sekaligus boleh diakses dengan mudah.

Israel setakat ini telah melancarkan beberapa siri serangan ke atas posisi tentera kerajaan Damsyik di wilayah negara Arab itu sejak keganasan dan ketidakstabilan melanda Syria.

Damsyik dengan jelas mengatakan bahawa serangan Israel itu bertujuan untuk membantu para militan Takfiri yang menentang tentera kerajaan sah di Syria.

/315