Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Pemerintah Angkatan Tentera Iran telah menolak kenyataan berunsur permusuhan Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi ke atas Republik Islam itu sambil menegaskan bahawa rejim Riyadh sebenarnya sedang melaksanakan polisi Israel dan Amerika Syarikat di rantau itu.
"Tiada apa yang baharu di dalam tuduhan palsu yang dilontarkan oleh para pegawai Arab Saudi ke atas Iran dan negara-negara bebas lain di rantau ini. Malangnya, rejim Arab Saudi melancarkan tindakan berunsur permusuhan ke atas beberapa negara Islam di rantau ini bagi pihak A.S dan Zionis," kata Timbalan Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Brigadier Jeneral Massoud Jazayeri pada hari Ahad.
Jazayeri membuat komen itu selepas Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman menolak sebarang bentuk dialog dengan Tehran.
Pada 2 Mei lepas, Salman yang turut memegang jawatan menteri pertahanan negara Arab itu mengatakan bahawa dialog dengan Iran adalah mustahil kerana Tehran mereka hanya akan mengurangkan ketegangan dengan Riyadh jikalau Arab Saudi menghentikan operasi kejamnya di Yaman.
Jazayeri turut berkata bahawa tindakan ganas Arab Saudi di Yaman, Bahrain, Iraq, Syria dan Afghanistan menunjukkan bahawa rejim Zionis Israel berminat untuk melihat konflik di rantau Timur Tengah itu berterusan.
Dia kemudiannya berkata bahawa Republik Islam Iran telahpun mengambil beberapa langkah yang perlu untuk menangani tindakan tersebut termasuk tindakan keganasan yang dilancarkan oleh Arab Saudi, A.S dan Zionis.
Jazayeri menambah dengan mengatakan bahawa badan hak asasi manusia seharusnya lebih peka terhadap tindakan ganas yang dilancarkan oleh beberapa negara Asia Barat, A.S dan rejim Israel.
/315