Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei berkata bahawa musuh Iran cuba untuk mencipta suasana yang tidak selamat dan berbaur hasutan di negara tersebut. Beliau kemudiannya menyeru seluruh warga Iran untuk sentiasa berjaga-jaga di dalam menghadapi rencana musuh.
Bercakap di Universiti Imam Hossein di Tehran pada hari Rabu, Ayatullah Khamenei berkata bahawa "objektif jangka pendek yang cuba dicapai oleh musuh adalah untuk menganggu keselamatan dan menghasut rakyat (untuk memusuhi pemerintahan) di negara itu."
Beliau menambah bahawa Republik Islam itu setakat ini telah berjaya "mencipta suasana selamat di rantau yang dilanda ketegangan dan dunia yang penuh dengan kekalutan." Khamenei juga berkata bahawa musuh Iran cuba untuk merampas kemuliaan ini daripada Iran.
"Jikalau kita sentiasa berjaga-jaga di dalam menghadapi rencana musuh untuk mencipta suasana tidak aman dan berbaur hasutan, kita pasti mampu untuk mematahkan plot itu," tegas Khamenei.
Menurut beliau, objektif jangka sederhana musuh ialah untuk merosakkan ekonomi Iran menerusi pelbagai cara supaya warga negara tersebut kehilangan harapan berikutan suasana ekonomi yang sederhana.
Ayatullah Khamenei kemudian berkata bahawa rancangan atau objektif akhir musuh adalah untuk mengubah unsur asli (sistem -ABNA24) pemerintahan di negara Iran. -ABNA24
/315
10 Mei 2017 - 18:11
News ID: 829026
Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei berkata bahawa musuh Iran cuba untuk mencipta suasana yang tidak selamat dan berbaur hasutan di negara tersebut. Beliau kemudiannya menyeru seluruh warga Iran untuk sentiasa berjaga-jaga di dalam menghadapi rencana musuh.