12 Mei 2017 - 18:14
Rusia Sedia Redakan Ketegangan Di Semenanjung Korea: Putin

Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin berkata bahawa Moscow bersedia untuk meredakan ketegangan di Semenanjung Korea.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin berkata bahawa Moscow bersedia untuk meredakan ketegangan di Semenanjung Korea.

Di dalam perbualan telefon yang memakan masa selama 20 minit, Presiden Putin pada hari Jumaat memaklumkan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Moo Jae-in yang baru terpilih bahawa Kremlin bersedia untuk menghulurkan bantuan mereka kepada Seoul.

Rumah Biru yang menempatkan pejabat Presiden Korea Selatan berkata bahawa Presiden Putin telah menyatakan kesediaan Rusia untuk memainkan peranan membina di dalam menyelesaikan pertikaian antarabangsa dengan Korea Utara.

Ketegangan di rantau itu meningkat berikutan program nuklear dan peluru berpandu Pyongyang; program yang dilihat oleh Korea Utara sebagai langkah pencegahan terhadap serangan musuh ke atas mereka.

Moon dilihat sebagai seorang liberal yang mengutamakan pendekatan perdamaian berhubung isu Korea Utara berbanding dengan pendahulunya.

/315