15 Mei 2017 - 15:24
Hadi Dimasukkan Hospital, Rawatan Intensif Mulai Esok

Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di sini mulai esok, menurut setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di sini mulai esok, menurut setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Samsuri turut menyeru ahli PAS dan penyokong untuk melakukan solat hajat bagi mendoakan kesihatan Hadi yang akan menjalani rawatan itu.

“Maklumat rasmi dari parti akan disampaikan dari masa ke masa mengikut keperluannya,” katanya, sambil berharap Hadi akan diberikan ruang rehat secukupnya dengan tidak menziarahi beliau di hospital.

Hadi pada tahun lepas pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Hadi dilihat ceria dan sudah bersedia untuk menjalani rawatan intensif itu.

“Lepas jumpa tadi, dia kelihatan ceria dan sedia untuk dirawat tetapi belum dibedah lagi,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS hari ini.