Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekumpulan penganut agama Islam berkumpul di hadapan Trump Tower untuk memprotes retorik anti-Islam Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Trump Tower terletak di Manhattan, New York.
Sekitar 100 orang Muslim yang dijemput oleh dua buah kumpulan advokasi -MPower Change dan New York State Immigrant Action Fund- hadir di dalam majlis berbuka puasa pada hari Khamis. Majlis itu kemudiannya bertukar menjadi sebuah protes terhadap polisi anti-Muslim Trump.
Para peserta menunaikan solat dan berkongsi makanan di hadapan anggota polis yang berkawal di Fifth Avenue.
"Setiap hari kaum Muslim Amerika berhadapan dengan ketaksuban dan kebencian ketika pergi ke tempat kerja, sekolah, ketika memohon pekerjaan, ketika beribadah dan ada masanya ketika menjalani kehidupan seharian yang mudah," kata Anu Joshi, pengarah New York Immigrant Action Fund.
Fatoumata Waggeh, seorang pelajar Muslim Amerika yang berusia 26 tahun berkata bahawa dia menyertai tunjuk perasaan untuk meluahkan ketidakpuashatiannya berhubung retorik yang disebarkan oleh sesetengah pihak berkaitan penduduk Islam Amerika. -ABNA24
/315
2 Jun 2017 - 15:35
News ID: 833723
Sekumpulan penganut agama Islam berkumpul di hadapan Trump Tower untuk memprotes retorik anti-Islam Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Trump Tower terletak di Manhattan, New York.