Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera laut Iran dan China memulakan latihan bersama di Teluk, hari ini, lapor agensi berita rasmi IRNA.
Latihan ketenteraan itu menyusul ketika wujud ketegangan di antara Iran dan Amerika Syarikat (AS)di Teluk yang mungkin mencetuskan kebimbangan kepada pentadbiran Washington.
Beberapa bulan sebelum ini, tentera AS menuduh tentera laut Iran menghantar bot serangan pantas untuk mengganggu kapal perang ketika melalui Selat Hormuz.
Sebuah kapal pemusnah Iran dan dua kapal pemusnah China adalah antara kapal terbabit dalam latihan itu yang dijalankan di timur Selat Hormuz dan Laut Oman, lapor IRNA.
Difahamkan, 700 anggota tentera laut Iran menyertai latihan itu. - Reuters
18 Jun 2017 - 13:49
News ID: 837240
Tentera laut Iran dan China memulakan latihan bersama di Teluk, hari ini, lapor agensi berita rasmi IRNA.