Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Puluhan warga awam Malaysia pada hari ini berkumpul di hadapan Bangunan Tabung Haji yang terletak berdekatan dengan Bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk melaungkan slogan pro-Palestin sempena Hari Quds sedunia.
Hari Quds sedunia yang disambut oleh kaum Muslim serta warga dunia yang cintakan kebebasan dianjurkan setiap tahun pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan di seluruh pelusuk dunia. Para peserta yang berkumpul di kawasan itu sejak jam 2:00 petang waktu tempatan membawa sepanduk dan melaungkan pelbagai slogan anti-Israel serta Amerika Syarikat.
Perkumpulan itu dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi perhimpunan itu, Encik Kamil Zuhairi. Beliau yang mewakili Pusat Komuniti Awam Ar-Ridha memanggil kesemua umat Islam di Malaysia untuk mengenepikan perbezaan pendapat mereka demi mencapai perpaduan dalam rangka memerangi musuh-musuh Allah, umat manusia dan secara khususnya musuh kepada umat Islam itu sendiri.
"Kita (umat Islam) yang menjunjung al-Quran ul-karim, marilah bersama-sama kita membuang kekeruhan dengan mengenepikan apa yang berlaku pada hari ini. Kita (perlu) saling berpegang tangan sambil memohon kepada Allah supaya terciptanya perpaduan (di kalangan) umat (Islam) sebelum berhadapan dengan musuh-musuh Allah, umat manusia dan secara khususnya musuh umat Islam," katanya.
Kamil Zuhairi turut menyatakan bahawa agenda utama perhimpunan itu adalah untuk menuntut pengembalian Baitul Muqaddas kepada umat Islam yang mana kerana itulah hari ini digelar sebagai Hari Quds sedunia.
"Pada hari ini, di seluruh dunia, semua (penganut) mazhab (di dalam agama) Islam, bahkan (mereka) yang bukan Islam -kerana Hari Quds sedunia- (berkumpul untuk) menuntut pengembalian Baitul Muqaddis (kepada mereka yang berhak)," katanya lagi.
Kamil Zuhairi turut mengatakan bahawa beliau percaya bahawa suatu hari nanti al-Quds akan dikembalikan kepada umat Islam dan menyatakan harapannya bahawa kaum Muslim pada hari itu tidak akan menganiaya mereka yang lain.
Menurut Kamil Zuhairi, walaupun dirinya sendiri merupakan salah seorang daripada penganut mazhab Ja'fari, pengasas Hari Quds sedunia iaitu Almarhum Ayatullah Ruhullah Khomeini bukanlah sekadar figur kepada sebuah aliran pemikiran Islam yang khusus. Akan tetapi, pengasas kepada Hari Quds sedunia itu adalah salah seorang daripada tokoh tersohor di dalam perjuangan melindungi kaum yang tertindas tanpa mengira mazhab ataupun agama mereka.
"Pada hari ini saya tidaklah berucap sebagai jurucakap kepada mana-mana aliran ataupun mazhab (yang khusus), walaupun saya bermazhab salah satu daripada mazhab-mazhab yang diisyhtiharkan sah di dalam Islam; salah satu mazhab daripada lapan buah mazhab yang dinyatakan sah di dalam deklarasi Aman, iaitu mazhab Ja'fari. (Sebuah mazhab) yang bersaudara dengan mazhab Syafie, Maliki, Hanbali, Hanafi dan lain-lain mazhab Islam," katanya.
Menurut beliau, Imam Khomeini sebagai seorang pejuang kaum yang tertindas mengatakan bahawa Hari Quds adalah hari untuk semua kaum yang dizalimi. Akan tetapi, isu Palestin adalah sebuah mercu kepada kezaliman yang ada pada masa kini dan perkara itu perlu perlu ditangani segera.
"Hari Quds bukan sekadar untuk al-Quds sahaja. Akan tetapi, hari itu adalah sebuah hari untuk semua orang yang tertindas di seluruh dunia tanpa mengira sama ada mereka beragama Islam (atau bukan), tidak kira (sama ada mereka) Sunni atau Syiah... Siapa sahaja yang dianggap sebagai golongan tertindas, maka hari ini adalah hari yang simbolik buat mereka dan kita perlu perjuangkan nasib mereka," tambahnya.
Sesuatu kaum hanya boleh dianggap sebagai golongan tertindas jikalau mereka bangkit melawan kezaliman yang berlaku ke atas diri mereka. Jikalau tidak, mereka akan tergolong di dalam kaum yang membantu kaum penzalim, kata beliau yang mengambil inspirasi daripada ucapan-ucapan Imam Khomeini berhubung Hari Quds. -ABNA24
/315