7 Julai 2017 - 14:48
Doha Mahu Hubungan Sihat Dengan Iran: Menteri Luar Qatar

Menteri Luar Negara Qatar menekankan bahawa negaranya memerlukan sebuah hubungan yang sihat dan membina dengan jiran mereka, Iran. Kenyataan itu sekaligus menunjukkan bahawa Doha tidak bersetuju dengan salah satu tuntutan yang dikemukakan oleh pakatan pimpinan rejim Riyadh yang mahukan Qatar mengecilkan hubungan mereka dengan Republik Islam tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Negara Qatar menekankan bahawa negaranya memerlukan sebuah hubungan yang sihat dan membina dengan jiran mereka, Iran. Kenyataan itu sekaligus menunjukkan bahawa Doha tidak bersetuju dengan salah satu tuntutan yang dikemukakan oleh pakatan pimpinan rejim Riyadh yang mahukan Qatar mengecilkan hubungan mereka dengan Republik Islam tersebut.

Di dalam ucapannya di London, Syeikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani berkata bahawa Qatar dan Iran perlu hidup bersama-sama sambil merujuk kepada hakikat bahawa kedua-dua negara itu berkongsi sebuah medan gas gergasi di Teluk Parsi.

Medan gas South Pars yang terletak di Teluk Parsi merupakan salah sebuah takungan gas terbesar Iran. Medan -dikenali sebagai North Dome di Qatar- yang dibangunkan oleh kedua-dua negara itu merupakan medan gas terbesar di dunia.

Al-Thani turut mengecam Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain di atas "tindakan keras yang jelas" mereka ke atas Qatar ketika perwakilan negara-negara pakatan itu berkumpul di Kaherah untuk membincangkan perihal langkah lanjutan ke atas Doha.

Menurut ketua diplomat Qatar itu, tindakan beberapa negara Arab yang memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Doha serta mengenakan sekatan pengangkutan darat, air dan udara ke atas negara kecil itu bertujuan untuk mewujudkan sentimen anti-Qatar di Barat.

"Qatar akan terus menyeru kepada dialog di sebalik pencabulan undang-undang dan peraturan antarabangsa, di sebalik pemisahan 12,000 keluarga dan di sebalik kepungan yang merupakan sebuah tindakan kekerasan yang jelas dan dalam masa yang sama menghina kesemua perjanjian antarabangsa, pertubuhan dan perundangan," kata beliau.

Menurut Al Thani, negara-negara yang memutuskan hubungan mereka dengan Qatar "menuntut supaya kami menyerahkan kedaulatan (negara ini) dalam rangka menamatkan kepungan tersebut. Sebuah perkatra yang... Qatar tidak akan pernah lakukan. -ABNA24

/315