Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang peneroka Israel dilaporkan telah merempuh dan mencederakan seorang wanita Palestin yang sedang mengandung. Menurut laporan, Insiden itu berlaku di kawasan selatan Tebing Barat yang diduduki oleh tentera rejim.
Seorang sumber tempatan yang bercakap di dalam kondisi ketanpanamaan berkata bahawa mangsa yang berusia 28 tahun dan dikenal pasti sebagai Abeer Bassam Joubarah sedang berjalan di sepanjang jalan utama bersebelahan kem pelarian al-Arroub yang terletak 15 kilometer di selatan Bethlehem pada pagi Ahad ketika dirempuh oleh kenderaan yang dipandu oleh peneroka Yahudi, lapor agensi berita SAFA.
Pasukan penyelamat Palestin dengan pantas bergegas ke kawasan kejadian dan memberikan bantuan perubatan kepada mangsa sebelum membawanya ke Hospital al-Mezan yang terletak di bandar Khalil (Hebron). Doktor menyifatkan kecederaan wanita itu sebagai sederhana.
Insiden di atas berlaku dua hari selepas seorang sumber daripada pihak keselamatan Palestin berkata bahawa seorang lelaki Palestin berusia 37 tahun yang dikenali sebagai Omar Ahmas Issa dirempuh di pekan al-Khader yang terletak berhampiran Bethlehem. Mangsa sedang menunggang motosikal ketika dirempuh.
Jurucakap polis rejim, Luba Samri kemudian mengatakan bahawa Issa cedera teruk dan kemudian mengumumkan kematiannya. -ABNA24
/315
10 Julai 2017 - 07:43
News ID: 841499
Seorang peneroka Israel dilaporkan telah merempuh dan mencederakan seorang wanita Palestin yang sedang mengandung. Menurut laporan, Insiden itu berlaku di kawasan selatan Tebing Barat yang diduduki oleh tentera rejim.