30 Julai 2017 - 23:55
Muqtada al-Sadr Bertemu Putera Mahkota Arab Saudi

Ulama Syiah terkemuka Iraq, Muqtada al-Sadr telah bertemu dengan Putera Mahkota Arab Saudi dan beberapa pegawai penting negara tersebut ketika lawatan beliau ke sana.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ulama Syiah terkemuka Iraq, Muqtada al-Sadr telah bertemu dengan Putera Mahkota Arab Saudi dan beberapa pegawai penting negara tersebut ketika lawatan beliau ke sana.

Menurut agensi berita Arab Saudi, Sadr bertemu dengan Mohammed Bin Salman di bandar Jeddah di mana kedua-duanya berbincang berkenaan beberapa isu yang melibatkan kedua-dua buah negara.

Sejurus ketibaannya di negara itu, beliau disambut oleh bekas Duta Besar Arab Saudi, Thamer al-Sabhan.

Iraq dan Arab Saudi pada bulan lepas mengumumkan bahawa mereka sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa penyelaras yang akan memperkukuhkan hubungan di antara kedua-dua buah negara Arab itu.

Riyadh mula membuka kedutaannya di Iraq pada tahun 2015 selepas mengharungi tempoh getir di dalam hubungan dua hala kedua-dua buah negara tersebut. Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir juga telah mengunjungi Baghdad pada bulan Februari lepas di dalam usaha untuk memperbaiki hubungan diplomatik Riyadh-Baghdad. -ABNA24

/315