1 Ogos 2017 - 15:42
Syria Gesa PBB Bubarkan Pakatan Pimpinan A.S

Damsyik telah menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menamatkan jenayah Washington ke atas warga Sryia sambil menekankan bahawa Amerika Syarikat sedang menyasarkan kawasan kediaman warga awam negara Arab itu secara sistematik di dalam kempen pengeboman mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Damsyik telah menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menamatkan jenayah Washington ke atas warga Sryia sambil menekankan bahawa Amerika Syarikat sedang menyasarkan kawasan kediaman warga awam negara Arab itu secara sistematik di dalam kempen pengeboman mereka.

Kementerian Luar Syria pada hari Ahad telah menghantar dua pucuk surat kepada Setiausaha Agung PBB dan pengerusi Majlis Keselamatan badan tersebut yang menggesa badan dunia itu untuk membubarkan pakatan pimpinan A.S di Syria yang beroperasi secara sewenang-wenangnya di negara Arab berdaulat itu tanpa kebenaran Damsyik.

"Pakatan antarabangsa pimpinan Amerika Syarikat terus melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai ke atas warga awam Syria melalui pengeboman sistematik di wilayah Raqqah, Hasakah, Aleppo dan Dayr al-Zawr setiap hari," baca surat tersebut.

Surat itu dihantar selepas sekurang-kurangnya enam warga awam kehilangan nyawa mereka akibat dibom oleh pakatan pimpinan A.S menyerang wilayah Dayr al-Zawr.

A.S dan sekutu mereka mendakwa bahawa kehadiran mereka di Syria bertujuan untuk membasmi kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

Surat itu walau bagaimanapun menyatakan bahawa pakatan tersebut menyokong dan membantu kumpulan pengganas seperti Daesh dan Jabhat al-Nusra yang beroperasi secara meluas di bumi Syria.

Pakatan itu setakat ini telah menyebabkan ramai warga awam terbunuh dan sehingga ini gagal menyelesaikan misi membasmi pengganas di Timur Tengah. -ABNA24

/315