Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kira-kira 20 hingga 30 anggota militan masih terperangkap di selatan bandar Marawi di Filipina, dalam krisis yang hampir memasuki bulan ketiga.
Menurut jurucakap Angkatan Tentera Filipina (AFP), Brigadier Jeneral Restituto Padilla, meskipun jumlah mereka semakin berkurangan, namun militan Maute masih boleh menimbulkan bahaya kerana mempunyai stok senjata yang mencukupi.
"Mereka masih boleh mendatangkan ancaman kerana memiliki senjata yang cukup selain menahan tebusan. Ia adalah faktor kekuatan mereka," katanya.
Beliau berkata, operasi ketenteraan kini tertumpu di dua kampung yang berada dalam kawalan militan.
Setakat Ahad lalu, seramai 562 militan, 128 anggota tentera dan 45 orang awam telah terbunuh dalam pertempuran tersebut.
16 Ogos 2017 - 07:57
News ID: 848560
Kira-kira 20 hingga 30 anggota militan masih terperangkap di selatan bandar Marawi di Filipina, dalam krisis yang hampir memasuki bulan ketiga.