Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jemaah haji tertua dari Indonesia tiba di Jeddah untuk menunaikan Rukun Islam Kelima.
Baiq Mariah, 104, adalah yang paling tua di antara 221,000 jemaah dari negara itu untuk tahun ini.
Konsul Jeneral Indonesia di Jeddah, Mohammed Hery Saripudin berkata, Baiq berada dalam keadaan baik dan akan dapat menunaikan ibadah tanpa sebarang masalah.
"Dia diberi bantuan khas oleh pegawai Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia ketika bertolak pada Sabtu lalu. Baiq menaiki penerbangan haji pertama dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok," katanya. -Arab News
18 Ogos 2017 - 04:54
News ID: 848980
Jemaah haji tertua dari Indonesia tiba di Jeddah untuk menunaikan Rukun Islam Kelima.