24 Ogos 2017 - 08:23
Mayat Ditemui Bukan Kelasi USS Mccain

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengesahkan mayat yang ditemui Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kelmarin, bukan kelasi kapal perang USS John S McCain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengesahkan mayat yang ditemui Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kelmarin, bukan kelasi kapal perang USS John S McCain.

Kesimpulan itu dibuat selepas bedah siasat dilakukan ke atas mayat berkenaan dan akan dikembalikan kepada pihak berkuasa Malaysia, kata Armada Ketujuh AS dalam satu kenyataan di laman webnya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) antarabangsa yang membabitkan pesawat, penyelam dan kapal mencari 10 kelasi AS yang hilang susulan perlanggaran antara USS John S McCain, sebuah kapal pemusnah peluru berpandu AS, dengan kapal dagang berhampiran perairan Singapura.

Selasa lalu, penyelam Tentera Laut dan Penyelam AS menemui mayat di dalam seksyen tertutup pada badan kapal John S McCain yang rosak. Ia kemudian diterbangkan ke Pangkalan Tentera Laut Changi, Singapura.

Tentera Laut AS belum mengumumkan identiti mayat yang ditemui. - Reuters