30 Ogos 2017 - 13:32
Majlis Keselamatan Kecam Korea Utara

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengutuk ujian peluru berpandu terbaru Korea Utara dan sebulat suara menuntut Pyongyang menghentikan program itu selepas roket dibedil ke arah Jepun sebelum jatuh ke Lautan Pasifik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengutuk ujian peluru berpandu terbaru Korea Utara dan sebulat suara menuntut Pyongyang menghentikan program itu selepas roket dibedil ke arah Jepun sebelum jatuh ke Lautan Pasifik.

Agensi 15 negara anggota itu kekal bersatu selepas provokasi terbaru Kim Jong-Un, dengan China dan Russia bersetuju menandatangani kenyataan mengutuk tindakan rejim itu.- AFP