16 September 2017 - 03:56
Pembunuhan Kejam Etnik Rohingya Sebuah Tragedi Kemanusiaan: Imam Jumaat Tehran

Imam solat Jumaat bandar Tehran, Ayatullah Ahmad Khatami menyifatkan kekejaman ke atas kaum Muslim Rohingya di Myanmar sebagai sebuah tragedi kemanusiaan dan mengatakan bahawa rejim Zionis Israel berada di sebalik pembunuhan dan penghalauan keluar ratusan ribu etnik Rohingya dari negara Asia Tenggara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Imam solat Jumaat bandar Tehran, Ayatullah Ahmad Khatami menyifatkan kekejaman ke atas kaum Muslim Rohingya di Myanmar sebagai sebuah tragedi kemanusiaan dan mengatakan bahawa rejim Zionis Israel berada di sebalik pembunuhan dan penghalauan keluar ratusan ribu etnik Rohingya dari negara Asia Tenggara itu.

Di dalam khutbah Jumaatnya, Ayatullah Khatami mengatakan bahawa kerajaan Myanmar yang terlibbat di dalam pembunuhan kaum Muslim Rohingya telah menggunakan perkakasan ketenteraan dan senjata seperti yang digunakan oleh rejim Zionis Israel ketika membunuh warga Palestin di Semenanjung Gaza.

Beliau menambah dengan mengatakan; "Rejim Myanmar telah melancarkan pembunuhan beramai-ramai secara sadis dan di sebalik semua itu, penasihat tertinggi kerajaan yang juga menyandang jawatan menteri luar negara itu, Aung San Suu Kyi -pemenangg Anugerah Nobel Keamanan- membisu di hadapan jenayah pembunuhan beramai-ramai tersebut."

Ayatullah Khatami turut mengkritik kebisuan masyarakat antarabangsa dan beberapa negara Islam ketikan berhadapan dengan krisis yang melanda kaum Muslim Rohingya menambah dengan mengatakan; "Kekejaman ke atas kaum Muslim Rohingya menunjukkan bahawa masyarakat Islam telah terjun ke lapangan (dunia) dan perkara itu mengakibatkan kegusaran kuasa imperialis."

Ayatullah Khatami juga mengecam referendum wilayah Kurdistan Iraq dan menyifatkannya sebagai rancangan terkini kuasa imperialis dan Zionis sambil menambah dengan mengatakan; "Sokongan rejim Zionis ke atas referendum di wilayah autonomi Kurdistan Iraq membuktikan bahwa rejim Tel Aviv sedang mengusahakan (projek) pemecah-belahan wilayah Iraq setelah kegagalan pelan yang dilakar oleh mereka melalui kumpulan pengganas Takfiri Daesh di Iraq dan Syria." -ABNA24

/315