Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tiada seorang pun yang layak memaksa pemimpin Hamas di Semenanjung Gaza untuk meletak senjata atau mengiktiraf Israel.
Ia disuarakan pemimpin Hamas selepas Washington menuntut mereka mematuhi syarat itu sebagai sebahagian daripada pembentukan sebuah kerajaan gabungan.
"Tiada seorang pun di alam semesta ini yang boleh melucutkan senjata kami. Sebaliknya, kami akan terus berkuasa untuk melindungi rakyat kami," kata Ketua Pergerakan Islam Gaza, Yahya Sinwar.
Sinwar dalam ucapannya kepada golongan muda menambah, tiada siapa mempunyai keupayaan untuk membuat mereka mengiktiraf pendudukan haram itu.
Awal hari ini, seorang pembantu kanan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata sebuah kerajaan gabungan Palestin yang baharu perlu mengiktiraf Israel dan melucutkan senjata Hamas.
Ia maklum balas terperinci pertama pentadbiran Trump membabitkan perjanjian damai yang dicapai minggu lalu antara puak-puak Palestin.
Presiden Palestin yang juga pemimpin Pergerakan Fatah, Mahmud Abbas memeterai perjanjian perdamaian dengan Hamas di Kaherah minggu lalu yang bertujuan menamatkan perpecahan sejak 10 tahun lalu. - AFP
19 Oktober 2017 - 16:56
News ID: 861337
Tiada seorang pun yang layak memaksa pemimpin Hamas di Semenanjung Gaza untuk meletak senjata atau mengiktiraf Israel.