Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa kekuatan pertahanan negara itu bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan rundingan sambil menekankan bahawa Tehran berazam untuk terus memperkukuhkan keupayaan ketenteraan mereka di sebalik tekanan daripada pihak musuh.
Beliau membuat kenyataan itu ketika menghadiri majlis konvokesyen para graduan universiti dan akademik ketenteraan negara tersebut di Tehran pada hari Rabu.
"Kami sudah berulang-kali mengumumkan dan sekali lagi mengisytiharkan bahawa keupayaan ketenteraan negara ini bukanlah sesuatu yang boleh dirunding dan dijadikan bahan pertukaran," kata beliau.
"Segala yang berkaitan dengan peralatan ketenteraan dan peralatan lain yang mampu meningkatkan keupayaan tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dirunding mahupun ditukar ganti dengan para musuh. Kami bahkan akan meneruskan usaha ini dengan keazaman yang lebih besar," tambah beliau.
Ayatullah Khamenei turut menekankan bahawa kemarahan kuasa besar ke atas pengaruh Iran berpunca daripada pandangan mereka bahawa Tehran mewujudkan "halangan" bagi rencana mereka. -ABNA24
/315
25 Oktober 2017 - 17:53
News ID: 862577
Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa kekuatan pertahanan negara itu bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan rundingan sambil menekankan bahawa Tehran berazam untuk terus memperkukuhkan keupayaan ketenteraan mereka di sebalik tekanan daripada pihak musuh.