Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson memanggil ketua tentera Myanmar untuk menghentikan sebarang bentuk keganasan ke atas kaum Muslim Rohingya di Rakhine. Keganasan itu setakat ini telah menyebabkan kematian dan memaksa ratusan ribu kaum Rohingya terpaksa melarikan diri ke negara-negara lain khususnya Bangladesh.
Tillerson menelefon Ming Aung Hlaing pada hari Khamis untuk meluahkan "kegusaran berhubung krisis kemanusian yang berterusan dan laporan-laporan berkaitan kekejaman di negeri Rakhine," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Heather Nauert.
"Setiausaha Negara menggesa pihak keselamatan Burma untuk menyokong kerajaan negara itu di dalam mengakhiri keganasan di negeri Rakhine dan membenarkan mereka yang melarikan diri akibat krisis itu -khususnya kaum Rohingya- untuk pulang dengan selamat," tambahnya.
Pihak keselamatan Myanmar dan puak pelampau Buddha telah melancarkan banyak keganasan sepanjang beberapa bulan lepas ke atas kaum Muslim Rohingya yang majoritinya mendiami negeri Rakhine.
Menurut sestengah laporan, beberapa buah kampung yang didiami oleh etnik Rohingya telah dibakar sepenuhnya. Sejumlah besar kaum Muslim termasuk kaum wanita dan kanak-kanak juga telah dibakar hidup-hidup atau disiksa sehingga mati.
Para pegawai A.S telah beberapa kali meluahkan kegusaran mereka berhubung keganasan yang berlaku di Myanmar. Akan tetapi, setakat ini mereka enggan untuk menjawab panggilan sesetengah pihak untuk mengenakan sekatan antarabangsa ke ats Myanmar. -ABNA24
/315
27 Oktober 2017 - 03:10
News ID: 862803
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson memanggil ketua tentera Myanmar untuk menghentikan sebarang bentuk keganasan ke atas kaum Muslim Rohingya di Rakhine.