Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi berkata "tentera berani" negaranya sedang meneruskan kemaraan ke arah "sarang terakhir" kumpulan pengganas Takfiri Daesh di negara Arab itu dan akan membebaskan beberapa buah pekan dan kampung daripada cengkaman kumpulan pengganas beraliran Wahhabi itu.
Perdana Menteri Iraq itu membuat kenyataan tersebut pada hari Khamis ketika berada di Iran. Beliau dan rombongannya yang melawat Iran berkata bahawa angkatan bersenjata Iraq sedang mara ke arah pekan "al-Qaim dan Rawa" selain beberapa kampung dan penempatan yang berada di sekeliling pekan itu. Kesemua kawasan itu terletak di wilayah Anbar, Iraq.
"Kesemua kawasan itu akan pulang ke pangkuan ibu pertiwi mereka berkat keazaman dan ketahanan pejuang berani kami," kata beliau.
Pengganas Takfiri Daesh juga menurut beliau tidak memiliki pilihan lain selain mati atau menyerah diri kepada pihak berkuasa negara itu.
Abadi sebelum ini berkata bahawa para pengganas Daesh akan ditewaskan secara sepenuhnya di bumi Iraq menjelang akhir tahun ini.
Tamparan terhebat yang dirasai oleh kumpulan pengganas tajaan kuasa asing itu datang pada bulan Julai apabila tentera Iraq dan sekutu mereka daripada kumpulan Hashdu Sya'bi membebaskan bandar Mosul. Bandar itu sebelum ini diisytiharkan kumpulan pengganas sebagai pusat operasi mereka di Iraq. -ABNA24
/315
27 Oktober 2017 - 05:37
News ID: 862817
Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi berkata "tentera berani" negaranya sedang meneruskan kemaraan ke arah "sarang terakhir" kumpulan pengganas Takfiri Daesh di negara Arab itu dan akan membebaskan beberapa buah pekan dan kampung daripada cengkaman kumpulan pengganas beraliran Wahhabi itu.