5 Disember 2017 - 18:18
Sekat Hubungan Negara Asia Barat Dengan Israel - Hassan Rouhani

Presiden Iran, Hassan Rouhani menggesa masyarakat Muslim untuk bersama-sama menghalang rancangan beberapa negara yang tidak dinamakan di rantau Asia Barat kerana didakwa bersekongkol dengan Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iran, Hassan Rouhani menggesa masyarakat Muslim untuk bersama-sama menghalang rancangan beberapa negara yang tidak dinamakan di rantau Asia Barat kerana didakwa bersekongkol dengan Israel.

“Sesetengah negara Islam tanpa segan-silu mendedahkan hubungan mereka dengan rejim Zionis.

“Saya pasti masyarakat Muslim seluruh dunia tidak akan membiarkan rancangan sedemikian diteruskan,” kata Hassan dalam satu siaran langsung disiarkan oleh stesen televisyen Iran. - REUTERS