Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Palestin, Mahmud Abbas, tidak akan mengadakan pertemuan seperti dirancang dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence, susulan perubahan dasar kontroversi Washington mengenai Baitulmaqdis.
Penasihat diplomatik Abbas, Majdi al-Khaldi, berkata tiada pertemuan dengan Pence di Palestin.
"Amerika Syarikat sudah melanggar batas dengan keputusan mengenai Baitulmaqdis," katanya.
Rumah Putih, Khamis lalu memberi amaran pembatalan pertemuan dirancang pada lewat bulan ini di Tebing Barat memberi kesan tidak baik, tetapi Abbas berada dalam tekanan hebat domestik untuk meminggirkan Pence susulan keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
Anggota kanan Fatah, Jibril Rajoub, memberitahu AFP pada hari sama bahawa Pence tidak dialu-alukan di Palestin.
Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel Rabu lalu dalam langkah yang membangkitkan kemarahan pemimpin Palestin tetapi dipuji Israel.
Pence menyokong penuh langkah itu.
Abbas berkata, Trump menyingkirkan AS daripada peranannya sebagai penaja keamanan dalam konflik di Asia Barat. - AFP
9 Disember 2017 - 13:50
News ID: 871738
Presiden Palestin, Mahmud Abbas, tidak akan mengadakan pertemuan seperti dirancang dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence, susulan perubahan dasar kontroversi Washington mengenai Baitulmaqdis.