24 April 2018 - 18:05
Iran Ikrar Balas Dendam Berikutan Serangan Udara Israel Ke Atas Syria

Seorang pegawai kanan Republik Islam Iran berjanji bahawa negaranya akan menghukum Israel berhubung serangan udara rejim tersebut ke atas Syria baru-baru ini yang membunuh lebih daripada sepuluh orang mangsa termasuk tujuh penasihat tentera Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan Republik Islam Iran berjanji bahawa negaranya akan menghukum Israel berhubung serangan udara rejim tersebut ke atas Syria baru-baru ini yang membunuh lebih daripada sepuluh orang mangsa termasuk tujuh penasihat tentera Iran.

Hukuman berikutan pencerobohan itu merupakan sesuatu yang pasti, kata Setiausaha Majlis Tertinggi Kebangsaan Iran (SNSC) Ali Shamkhani kepada pemberita pada hari Selasa sebelum meninggalkan Tehran untuk menghadiri persidangan keselamatan antarabangsa di Sochi, Rusia. Akan tetapi Republik Islam Iran akan menentukan masa, tempat dan cara bentuk respons terhadap "tindakan kejahatan" ini, tambah beliau.

Kementerian Pertahanan Rusia pada 9 April lepas berkata bahawa dua pesawat tempur F-15 Israel melakukan serangan dari ruang udara Lubnan ke atas pangkalan udara T-4, Syria pada 8 April.

Media kebangsaan Syria juga melaporkan bahawa serangan maut itu telah dilancarkan daripada pesawat tempur Israel.