Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Damsyik mengatakan bahawa gabungan yang dipimpin A.S yang kononnya memerangi kumpulan pengganas Daesh Takfiri tidak memiliki sebarang bentuk legitimasi daripada masyarakat antarabangsa kerana Pentagon kerap kali terlibat di dalam pembunuhan beramai-ramai terhadap warga awam Syria, aktiviti yang melemahkan kedaulatan, perpaduan dan integriti wilayah Syria serta sengaja memanjangkan krisis yang ditaja oleh kuasa asing itu.
Kementerian Luar Negeri dan Pegawai Expatriat Syria, di dalam dua pucuk surat berasingan yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres dan Presiden Majlis Keselamatan PBB Joanna Wronecka yang dikirim pada hari Rabu lepas, menyeru Majlis Keselamatan untuk mengambil tindakan segera, dan menghentikan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh pasukan yang diterajui A.S di negara Arab yang dilanda perang tersebut.
2 Mei 2018 - 17:30
News ID: 891784

Kerajaan Damsyik mengatakan bahawa gabungan yang dipimpin A.S yang kononnya memerangi kumpulan pengganas Daesh Takfiri tidak memiliki sebarang bentuk legitimasi daripada masyarakat antarabangsa kerana Pentagon kerap kali terlibat di dalam pembunuhan beramai-ramai terhadap warga awam Syria, aktiviti yang melemahkan kedaulatan, perpaduan dan integriti wilayah Syria serta sengaja memanjangkan krisis yang ditaja oleh kuasa asing itu.