Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Guatemala merasmikan pembukaan kedutaannya di Baitulmaqdis, hari ini, sekali gus menjadi negara pertama mengikut jejak langkah Amerika Syarikat (AS) yang membuat keputusan kontroversi itu.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyhu dan Presiden Guatemala, Jimmy Morales adalah antara yang hadir dalam majlis itu.
Netanyahu turut memuji langkah diambil negara Amerika Tengah itu yang dibuat dua hari selepas Washington memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Kota Lama tersebut tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa.
Beliau memaklumkan akan berkunjung ke Guatemala dalam lawatan akan datang ke Amerika Latin. - AFP
16 Mei 2018 - 17:42
News ID: 893696
Kerajaan Guatemala merasmikan pembukaan kedutaannya di Baitulmaqdis, hari ini, sekali gus menjadi negara pertama mengikut jejak langkah Amerika Syarikat (AS) yang membuat keputusan kontroversi itu.