Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Israel mendakwa menyerang 25 lagi sasaran tentera milik Hamas, dalam serangan udara yang dilancarkan semalaman, di Semenanjung Gaza.
"Sasaran, termasuk gudang dron, bengkel pembuatan roket dan bangunan milik tentera," kata pihak tentera dalam satu kenyataan.
Semalam, Israel berkata, mereka sudah menyerang lebih 35 sasaran tentera di wilayah Palestin, sebagai tindak balas serangan roket dan mortar oleh Hamas.
Katanya, kira-kira 70 roket dan mortar dilancarkan ke arah Israel sepanjang hari, namun beberapa serangan berjaya dipintas sistem pertahanan udara.
Tiga tentera Israel dilaporkan cedera, namun setakat ini, tiada laporan kecederaan diterima di Semenanjung Gaza. - AFP
30 Mei 2018 - 11:04
News ID: 895584
Israel mendakwa menyerang 25 lagi sasaran tentera milik Hamas, dalam serangan udara yang dilancarkan semalaman, di Semenanjung Gaza.