Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat memanggil Majlis Keselamatan PBB untuk bersidang berikutan apa yang didakwa Washington sebagai pencerobohan Palestin terhadap Israel.
Duta Amerika ke PBB, Nikki Haley, berkata mesyuarat itu harus memberi tumpuan terhadap serangan mortar terkini yang dilancarkan dari Gaza ke Israel.
Perkara itu dilakukan Washington di sebalik tindakan tentera Zionis Israel yang menyasarkan puluhan pangkalan milik gerakan kemerdekaan Palestin termasuk Hamas dan Jihad Islam, di sepanjang Jalur Gaza.
Ketika rejim Tel Aviv sibuk menggiatkan pencerobohannya ke atas bumi Palestin, kumpulan tersebut berkata bahawa mereka hanya bertindak balas terhadap serangan rejim dengan menyasarkan bandar-bandar yang diduduki secara tidak sah oleh Israel.
30 Mei 2018 - 11:12
News ID: 895586
Amerika Syarikat memanggil Majlis Keselamatan PBB untuk bersidang berikutan apa yang didakwa Washington sebagai pencerobohan Palestin terhadap Israel.