Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Palestin, Riyad Al-Maliki mendakwa tindakan Presiden Donald Trump menamatkan penyaluran dana kepada Agensi Kerja dan Bantuan bagi Pelarian Palestin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), adalah satu bentuk serangan terhadap undang-undang antarabangsa.
Tindakan Presiden Amerika Syarikat itu menyebabkan UNRWA kekurangan dana sebanyak AS$200 juta (RM829 juta) dan berusaha menampung kekurangan itu menerusi sumbangan daripada negara Teluk dan Eropah.
Ia juga meningkatkan ketegangan hubungan antara pentadbiran Trump dan kepemimpinan Palestin.
“Pentadbiran Amerika Syarikat sudah memulakan serangan terhadap hak rakyat Palestin dan undang-undang antarabangsa,” kata Riyad ketika menghadiri mesyuarat Liga Arab di sini, bertujuan membincangkan isu berkenaan. - Reuters
11 September 2018 - 14:29
News ID: 908891
Menteri Luar Palestin, Riyad Al-Maliki mendakwa tindakan Presiden Donald Trump menamatkan penyaluran dana kepada Agensi Kerja dan Bantuan bagi Pelarian Palestin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), adalah satu bentuk serangan terhadap undang-undang antarabangsa.