Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jawatankuasa untuk Menyokong Wartawan Palestin mendakwa tentera Israel telah melakukan pelanggaran terhadap petugas media dari wilayah terbabit sejak awal tahun lalu.
Jelasnya, sebanyak 637 kes pelanggaran dilaporkan terhadap wartawan Palestin selepas rejim Tel Aviv meneruskan langkah penindasan terhadap golongan tersebut.
Jawatankuasa berpusat di New York itu menerusi satu kenyataan, semalam memaklumkan wartawan Ahmed Abu Hussein dan Yasser Murtaja turut cedera ditembak ketika membuat liputan tentang protes di sepanjang sempadan Genting Gaza pada awal tahun lalu.
"Bulan Ogos menyaksikan jumlah pelanggaran tertinggi dilakukan Israel mencecah 129 kes. Sebanyak 82 kes melibatkan tangkapan dilaporkan selain kes penahanan lanjutan dan perbicaraan wartawan Palestin yang ditahan di penjara Israel.
"Lebih 83 kes lain melibatkan larangan membuat liputan dan sekatan untuk mendapatkan maklumat selain 31 kes membabitkan rampasan peralatan seperti kamera dan kad media," menurut jawatankuasa itu lagi. - Press TV
26 September 2018 - 18:46
News ID: 910669
Jawatankuasa untuk Menyokong Wartawan Palestin mendakwa tentera Israel telah melakukan pelanggaran terhadap petugas media dari wilayah terbabit sejak awal tahun lalu.