21 November 2018 - 15:19
15 Militan Daesh Dibunuh Tentera Iraq

Pasukan keselamatan Iraq membunuh 15 anggota Daesh dalam sebuah terowong semasa operasi mencari pengganas di utara wilayah Salahuddin yang majoritinya penduduk Sunni, kata tentera hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan keselamatan Iraq membunuh 15 anggota Daesh dalam sebuah terowong semasa operasi mencari pengganas di utara wilayah Salahuddin yang majoritinya penduduk Sunni, kata tentera hari ini.

Daesh yang menduduki satu pertiga wilayah Iraq, berjaya ditewaskan di negara itu tetapi mereka sering melancarkan serangan hendap, pembunuhan dan pengeboman di kawasan yang terbabit.

Pasukan keselamatan ‘melengkapkan operasi mencari pengganas yang membawa kepada kemusnahan dua tempat persembunyian digunakan pengganas selain membunuh 15 anggota militan dalam sebuah terowong besar,” kata jurucakap tentera bagi Operasi Perintah Bersama menerusi satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan di mana kejadian berlaku.

Disember lalu, Iraq mengisytiharkan kejayaan besar-besaran selepas menewaskan kumpulan militan Daesh di wilayah Salahuddin, Diyala dan Kirkuk. - Reuters