23 November 2018 - 17:19
Kenderaan Tentera Israel Sengaja Rempuh Pemuda Palestin

Seorang pemuda Palestin cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pemuda Palestin cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki, semalam.

Lapor agensi berita Maan, kejadian berlaku di selatan Al-Khalil.

Mangsa dikenal pasti sebagai Rashed Abu Aram berusia 21 tahun.

Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS), mangsa dilanggar ketika sedang melintas jalan.

Tambah PRCS, susulan itu mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

PRCS mengesahkan pemuda berkenaan tidak mengalami kecederaan serius. - Press TV