Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Amerika Syarikat (A.S) akan meneruskan kempen serangan udara di mereka di negara Syria buat jangka masa pendek, dakwa Pentagon.
Menurut jurucakap Pentagon, Komander Rebecca Rebarich, negaranya akan meneruskan operasi udara selagi tentera Amerika berada di bumi Syria.
“Selagi anggota tentera kita masih berada di lapangan, A.S akan meneruskan serangan udara bagi menyokong angkatan kita.
“Berhubung isu keberadaan tentera A.S di lapangan, kita tidak mahu membuat spekulasi mengenai operasi di masa depan,” katanya.
Serangan udara menjadi kunci operasi A.S di Syria dengan dron dan jet pejuang yang didakwa mereka digunakan untuk menyasarkan posisi Daesh sejak 2014.
Perikatan yang diketuai AS telah menjalankan 208 serangan di Syria pada mingga lalu.
Keberadaan tentera tersebut di bumi Syria tidak mendapat sebarang mandat khusus daripada PBB ataupun kebenaran langsung daripada pihak kerajaan Syria, sekaligus mengundang beberapa kontroversi di peringkat hubungan antarabangsa.
Dalam perkembangan yang berasingan, Syria sebelum ini meminta bantuan negara sekutu khususnya Iran dan Rusia untuk mengekang campur tangan asing di dalam konflik di negara tersebut.
Damsyik membuat permintaan tersebut dalam rangka mempermudahkan proses pembentukan jawatankuasa yang akan ditugaskan untuk menentukan perlembagaan baharu Syria. Jawatankuasa itu turut bertugas untuk membuka jalan bagi pilihan raya akan datang di negara Arab tersebut.
Syria sudah hampir 8 tahun menyaksikan konflik berdarah yang melibatkan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara. Arab Saudi, Amerika Syarikat, Turki dan beberapa negara lain sebelum ini menyokong pihak penentang kerajaan dan kumpulan militan lain dalam rangka menjatuhkan kerajaan Damsyik. - AFP /Utusan
20 Disember 2018 - 16:14
News ID: 921418
Tentera Amerika Syarikat (A.S) akan meneruskan kempen serangan udara di mereka di negara Syria buat jangka masa pendek, dakwa Pentagon.