31 Disember 2018 - 18:13
Pesawat Iraq Bedil Kedudukan Daesh Di Syria

Pesawat tentera Iraq dilaporkan telah membedil kedudukan strategik kumpulan pengganas Takfiri Daesh di wilayah timur Syria, Dayr al-Zawr selepas presiden Syria, Bashar al-Assad, membenarkan pesawat pejuang negara tersebut untuk melancarkan serangan udara terhadap kumpulan ekstremis itu di negaranya tanpa perlu menunggu kebenaran rasmi daripada Damysik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pesawat tentera Iraq dilaporkan telah membedil kedudukan strategik kumpulan pengganas Takfiri Daesh di wilayah timur Syria, Dayr al-Zawr selepas presiden Syria, Bashar al-Assad, membenarkan pesawat pejuang negara tersebut untuk melancarkan serangan udara terhadap kumpulan ekstremis itu di negaranya tanpa perlu menunggu kebenaran rasmi daripada Damysik.

Biro media Pusat Arahan Operasi Bersepadu Iraq, dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin, mengumumkan bahawa jet pejuang F-16 Iraq telah mengebom dan memusnahkan bangunan dua tingkat di pinggir kampung Sousa sekaligus membunuh 30 orang pemerintah Daesh ketika mereka sedang sibuk mengadakan mesyuarat di kawasan tersebut.

Kenyataan itu turut menambah bahawa serangan udara itu dilancarkan di bawah pengawasan ketat oleh Perkhidmatan Perisikan Iraq. - Press TV